FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya
murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan
potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang
seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk
mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para
pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas
untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi
memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.